
Sulit
4 tahun
Kuman dalam darah berpunca bengkak telinga
Sy prempuan berumur 24 tahun. Sy nk tnya bahaya ke jangkitan kuman dalam darah? Sy ke klinik sbb suhu badan tiba tiba tinggi. Tgn mnggigil. Nafas laju. Perut kejang. Then chek dgn doktor, doktor ckp jgkitan kuman dalam darah disebabkan bengkak ditepi telinga sy. Sy tk smpt nk tnya bahaya ke tak jgkitan kuman dlm drh. Doktor cuma bg ubat antibiotik, dmm, batuk dan kjg perut. Jd sy nak tahu bahaya ke kalau kena jgkitan kuman dlm drh?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda kuman dalam darah ataupun bacteremia jika tidak dirawat anda mendapat sepsis atau kejutan septik. Sepsis merupakan keadaan yang mengancam nyawa disebabkan tindak balas tubuh badan kita untuk melawan jangkitan. Jika kejutan septik berlaku, tekanan darah anda akan menurun dengan mendadak dan organ anda akan mula untuk tidak berfungsi.
Antara gejala sepsis dan kejutan septik ialah:
- pernafasan yang laju
- degupan jantung laju
- cepat berpeluh
- kencing berkurang
- tekanan darah rendah
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu, ini hanya lah keterangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk mendapatkan nasihat daripada doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.