prinklin96
4 tahun
Lelaki dan kemandulan
“doktor, betul ke lelaki takkan mandul sampai tua ? orang cakap
perempuan akan kurang subur bila berumur tapi lelaki takkan jadi
macamtu, betul ke ?”
4 tahun
Hi, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan persoalan yang berlegar di fikiran anda. Saya akan cuba bantu anda untuk fahami
tentang kesuburan lelaki.
Kesuburan seorang lelaki bergantung kepada sperma yang dihasilkan, kualiti dan kuantiti sperma sangat penting untuk menentukan kesuburan seorang lelaki. Antara kriteria sperma yang baik adalah :
- Jumlah sperma = 39-928 million
- Jumlah air mani yang keluar = 1.5-7.6 ml
- Konsentrasi sperma = 15-259 milion
- Jumlah sperma yang bergerak = 40-81%
- Morfologi atau bentuk sperma = 4-48%
Ketahui tentang masalah kesuburan lelaki dengan bertanya kepada Pakar yang bertauliah !
Untuk pengetahuan anda, tahap kualiti dan kuantiti sperma diatas boleh berkurangan setelah lelaki berusia, namun ianya tidak juga menyebabkan kemandulan secara terus. Terdapat banyak faktor lain juga yang perlu diambil kira. Sebagai contoh, apabila berusia seseorang lelaki akan mengalami masalah ejakulasi, masalah untuk meneruskan hubungan kelamin, masalah organ reproduksi.
Ianya tidak benar untuk menyatakan lelaki tidak akan mandul selamanya namun sekiranya individu tersebut menjaga kesihatannya dengan cara yang baik, kehamilan mungkin berlaku apabila seorang wanita bersetubuh dengan lelaki berusia.
Untuk mengetahu dengan lebih lanjut tentang keseburan lelaki, klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan pakar secara peribadi. Terima kasih.