Sulit
3 tahun
Pil kesuburan lelaki dan wanita
Betul ke d aspartic acid membantu kualiti sperma? Dan acid folic membantu mendapatkan kehamilan?
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda ingin mengetahui jika pengambilan folik asid boleh membantu dalam kehamilan dan jika D aspartic asid boleh meningkatkan kualiti sperma. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, folik asid adalah penting untuk penumbuhan sel-sel badan. Biasanya folik asid diiberikan kepada wanita mengandung dan wanita yang cuba mengandung untuk meningkatkan kesuburan di samping memastikan perkembangan janin berlaku dengan baik. Terdapat pelbagai jenis supplemen yang boleh meningkatkan kesuburan selain folik asid, termasuklah vitamin B, C dan D, kalsium, zat besi, zinc dan Coenzyme Q10. D-Aspartic acid boleh meningkatkan kesuburan lelaki dengan meningkatkan tahap testosteron. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut tentang diet yang sesuai untuk meningkatkan kesuburan, anda boleh merujuk kepada doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.