Sulit
3 tahun
Waktu subur untuk haid yang lama
Saya wanita berusia 26 tahun. Period saya agak lama biasa nya dalam tempoh 12 - 15 hari. Darah merah biasa keluar hari ke 1-6, selepas itu hanyalah tompokan coklat sehingga hari ke 10. hari ke 11-15 biasanya hanyalah keputihan berwarna light coklat/ kekuningan. saya kira itu tempoh haid, kerana dalam islam, selagi ianya tak putih bersih/ kosong dalam tempoh 24 jam dikira masih haidh. Masalah saya sekarang ni adalah untuk.mengira waktu subur, kebiasannya berdasarkan apa yang saya baca, hari subur biasanya hari ke 13-15. Jadi bagaimana nak detect hari subur kalau tempoh haid panjang? Saya sdg ikhtiar hamil, jadi waktu 13-15 tu terlepas dari buat hubungan bersama suami, kerana masih dalam tempoh haid. Saya juga baru mula catat bbt dan buat opk. tp lepas waktu haid garisan kedua makin pudar. adakah waktu subur saya telah terlepas semasa tempoh haid?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Umum perlu mengetahui bahawa masa subur atau fertile window bagi seseorang wanita adalah beberapa hari sebelum, hingga 24 jam setelah ovulasi berlaku. Ovulasi biasanya berlaku pada hari ke-14 bermula dari tarikh haid wanita yang terakhir (sekiranya kitaran haid anda adalah selama 28 hari).
Justeru itu, bagi mengenalpasti kondisi sebenar rahim anda, berdasarkan kitaran haid yang agak panjang, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor terlebih dahulu.
Pada dasarnya bagi menilai faktor kesuburan seseorang wanita kami perlu tahu sejarah kesihatan, kondisi saat ini dan juga pemeriksaan lain yang terkait dengan infertiliti semasa. Oleh itu saya sangat sarankan anda untuk kembali berjumpa doktor di klinik atau hospital yang berdekatan agar informasi yang diberikan lebih tepat.
Untuk pengetahuan puan, antara faktor risiko yang memainkan peranan terhadap kesuburan wanita lazimnya termasuk:
- umur tua (35-37 tahun keatas)
- masalah berat badan atau obesiti
- mempunyai sejarah seperti
- operasi pada atau sekitar organ reproduksi wanita
- haid tidak teratur
- penyakit kelamin atau STDs
- gangguan kehamilan sebelumnya
Yang pasti, pada masa kini, terdapat pelbagai usaha yang boleh dijadikan pedoman bagi menelusuri dilema kesuburan wanita, justeru berbincanglah dengan doktor anda (bersama-sama suami) untuk mendapatkan saranan dan nasihat yang lebih komprehensif berkenaan rancangan keluarga dan kesihatan kesuburan anda sekeluarga.
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).