ana_iluz
3 tahun
Masalah darah haid sedikit dan kesuburan
Saya wanita berumur 40 thn dan merancang anak ketiga. Anak pertama berumur 11 tahun dan kedua berumur 5tahun setengah. Saya pernah mengalamai keguguran 2 kali sebelum mendapat anak yang kedua. Selepas mendapat anak kedua saya mengambil suntikan perancang keluarga selama setahun setengah dan kemudian berhenti untuk merancang anak seterusnya. Saya tiada masalah haid kerana haid saya datang setiap bulan dan kitran haid saya 26 hari tetapi darah haid keluar sekejap sahaja antara 3 ke 5 hari sahaja. Adakah kerana darah haid saya sedikit menjadi punca saya tidak subur dan adakah itu tanda-tanda monopus? Adakah itu punca saya kurang subur
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Kami amat memahami kerisauan yang sedang melanda diri anda mengenai tahap kesuburan memandangkan anda merancang untuk mendapatkan cahaya mata.
Untuk makluman anda, tahap kesuburan tidak boleh berpandukan pada kuantiti dan tempoh keluar darah haid. Ketidaksuburan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Punca ketidaksuburan bagi wanita:
kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor melalui atas talian untuk mendapatkan bantuan dan nasihat seterusnya dalam hal ini.
masalah organ-organ pembiakan
masalah kekurangan hormon
parut atau sumbatan tiub fallopian
kesan jangkitan jangkitan kelamin (STI)
akibat endometriosis
masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Saya harap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih.