Sulit
3 tahun
Tabiat onani bagi wanita
Sy ingin tahu adakah kerap beronani bgi wanita bolh menyebabkan susah nya mngandung… Disebbkn diusia remaja nya kerap beronani…
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, onani atau nama lainnya masturbasi merupakan satu kegiatan yang dilakukan untuk mencapai kepuasan seksual mengunakan tangan ataupun alatan seksual. Setiap lapisan umur dan masyarakat adalah tidak digalakkan untuk mengamalkan kegiatan ini kerana ianya boleh mendatangkan banyak kesan buruk. Antaranya:
- Menimbulkan ketagihan yang sukar dibendung. Ketagihan tersebut dapat menyebabkan daya fokus, aktiviti seharian dan perhubungan sosial terganggu
- Mengurangkan sensitiviti & kepuasan kepada hubungan seksual sebenar
- Menimbulkan rasa bersalah & menurunkan keyakinan diri
- Menurunkan produktiviti harian
- Trauma pada alat kelamin
Onani tidak dapat dipastikan untuk membuatkan seseorang lemah, letih atau mempunyai risiko lain yang anda jelaskan namun ianya boleh berkait rapat kerana tabiat itu akan mengganggu interaksi hormon dalam badan. Lazimnya kekerapan melakukan onani boleh menyebabkan kekurangan tenaga seksual serta pelbagai masalah lain. Oleh itu, aktiviti onani ini tidak digalakkan kerana faktor-faktor tersebut.
Justeru kami menasihati anda agar menghindari aktiviti ini dan berjumpa dengan pakar psikiatri ataupun kaunselor untuk khidmat nasihat terutamanya jika ia sudah menjadi suatu ketagihan.
Buat masa sekarang lakukan aktiviti berikut untuk mengalihkan perhatian anda daripada kegiatan masturbasi:
- Bersenam atau aktiviti sukan secara berkala
- Lakukan aktiviti sosial bersama rakan dan keluarga
- Makan makanan seimbang
- Perbanyakkan aktiviti keagamaan
Anda memerlukan bantuan mengenai masalah peribadi? Doktor pakar psikiatri kami sedia membantu.
Oleh itu, anda harus pandai mengawal emosi dan jangan kerap sangat melakukannya sehingga menjadikannya rutin seharian. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.