Sulit
3 tahun
Kesan Ubat Kesuburan
Saya berusia 26 tahun. Pada bulan september saya telah membuat saringan kesuburan di sebuah klinik keluarga (everything is normal,no cyst no fibroid). Doktor memberikan ubat kesuburan dan saya telah ambil pada hari haid ke-2 dan ke-3, setelah makan ubat kesuburan tersebut saya dapati haid saya hanya keluar sedikit. setiap bulan cycle saya adalah 6 hari. adakah kesan ubat subur menyebabkan kitaran haid saya menjadi pendek?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami anda sedang menjalani rawatan hormon untuk meningkatkan kesuburan. Kini anda risau dengan kitaran haid anda yang semakin pendek. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, rawatan kesuburan menggunakan hormon untuk mengawal kitaran haid anda. Terutama sekali ketika fasa ovulasi. Antara kesan sampingannya adalah:
- perubahan kitaran haid
- mood yang mudah berubah
- rasa kembung perut atau ketidak selesaan abdomen
- sakit kepala
Berikut merupakan senarai umum kesan sampingan terapi hormon. Sepertimana yang anda alami, haid pendek anda mungkin juga disebabkan oleh terapi hormon. Namun, kesan sampingan ini bergantung kepada individu dan tidak akan dialami oleh semua orang.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.