
Sulit
3 tahun
Lenguh pada bahagian punggung sehingga ke betinsebelah kiri setiap malam terutama waktu hendak tidur
Hi doktor, saya wanita berusia 24 tahun. Sekarang saya kerap mengalami lenguh pada bahagian punggung sehingga ke betis kaki sebelah kiri. Apakah punca dan cara mengatasi nya doktor? Ia mengganggu waktu tidur saya sebab rasa tak selesa

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kelenguhan di bahagian punggu sehingga ke betis. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- otot terseliuh
- Sciatica
- keradangan pada ruangan sendi atau ruangan cecair sendi
- hernia cakera tulang belakang
- sindrom priformis
- kecederaan pada tulang belakang, saraf atau otot
Kami menyarankan agar anda mendapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor supaya masalah ini dapat ditangani.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.