
Sulit
4 tahun
Luka sunat lambat sembuh sudah tiga minggu
saya laki 31an non muslim sunat untuk kebersihan dah 3 minggu luka sunat sya belah bagian kanan belum sembuh ada bengkak n bernanah sya harus buat macm mna

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap luka sunat anda. Secara amnya, luka biasanya akan sembuh dalam masa seminggu dua. Namun begitu ia bergantung terhadap kedalaman luka seseorang itu alami.
Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa punca mengapa luka boleh sembuh dengan lewat:
- Penjagaan luka yang kurang higenik
- Kolonisasi bakteria di tempat luka; ini menyebabkan kawasan luka akan menjadi kemerahan dan boleh menyebabkan nanah
- Menghidap kencing manis (Diabetes); kencing manis melemahkan sistem imun seseorang dan seterusnya menyebabkan seseorang mudah terkena jangkitan dan proses penyembuhan luka menjadi lemah atau lambat
Namun begitu, ini hanyalah tanggapan kami secara am mengapa luka pulih dengan lambat. Anda dikehendaki berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan mendapatkan rawatan lebih lanjut.
Jika anda masih mempunyai soalan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara atas talian bersama doktor kami. Terima kasih.