Sulit
3 tahun
Lutut berbunyi dan pergelangan kaki sedikit bengkak
Saya wanita 30’an. Mengalami masalah lutut berbunyi apabila tunduk atau sewaktu turun tangga.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall )untuk bercakap dengan pihak kami.
Secara umum, keadaan lutut berbunyi ini boleh disebabkan oleh pergerakan ligamen atau pemampatan gelembung nitrogen di ruang sendi.
Kebanyakan orang mengalami masalah ini terutamanya di jari dan lutut mereka. Biasanya perkara ini adalah normal kecuali jika terdapat bengkak dan sakit. Jika bengkak, sakit atau kemungkinan retak atau berbagai punca lain terlah terjadi, anda perlu mendapatkan konsultasi doktor.
Bagi masalah bengkak pada pergelangan kaki, pemeriksaan lebih lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui kesimpulan pada masalah tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.