Sulit
3 tahun
Sakit lutut dan pinggang
saya remaja berumur 17 tahun saya kerap sakit belakang dan lutut saya sentiasa lenguh. setiap kali saya baring tulang saya selalu berbunyi. apa pendapat doktor ? adakah saya perlu buat pemeriksaan di hospital?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kegusaran anda berkenaan sakit lutut dan pinggang yang dialami. Kami akan cuba membantu anda dalam hal ini.
Untuk makluman anda, sakit lutut pada umur yang muda memerlukan perhatian oleh doktor . Antara punca seseorang mengalami sakit lutut pada umur yang muda adalah:
- Obesiti
- Aktiviti mengangkat beban berat
- Kecederaan tulang atau sendi
Namun begitu ia juga boleh disebabkan oleh keadaan yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera , seperti:
- Jangkitan sendi
- Radang sendi (osteoarthritis)
- Kanser tulang (osteosarcoma)
Sila hubungi kami di atas talian agar kami dapat membantu anda dan memberikan penerangan dengan lebih lanjut mengenai masalah yang dialami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.