Sulit
3 tahun
Sakit lutut sebelah kanan lebih 2bulan
Hi… Isteri saya 43thn. Mengalami sakit lutut sebelah kanan. Sakit lutut secara tiba-tiba. Tak pernah jatuh ataupun terlangar objek.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Untuk makluman anda, rasa sengal atau sakit pada lutut boleh disebabkan oleh beberapa perkara dan faktor iaitu:
- Penggunaan lutut yang berlebihan seperti melakukan aktiviti harian yang melibatkan pergerakan sendi lutut secara berlebihan. Ini akan menyebabkan cecair pada sendi lutut menjadi nipis dan menyebabkan permukaan tulang sendi menjadi mudah terhakis dan rapuh.
- Kekurangan nutrisi dalam badan atau dehidrasi yang boleh menjejaskan rembesan cecair pada sendi lutut sebagai sejenis pertahanan.
- Kecederaan pada lutut
- Masalah pengsarafan pada lutut yang boleh disebabkan oleh kecederaan
- Ketegangan otot atau sendi lutut akibat elektrolit yang kurang dalam badan
- Penyakit sistemik auto-imun seperti penyakit reumatik ( Rheumatoid Arthritis ) yang boleh menyebabkan keradangan pada sendi-sendi seperti lutut, pergelangan tangan dan juga pergelangan kaki
- Penyakit Gout iaitu sejenis penyakit dimana badan anda mengandungi asid urik yang tinggi.
- Keradangan pada sendi lutut yang disebabkan oleh kecederaan atau jangkitan kuman. (Selalunya ia akan berlaku pada satu belah lutut sahaja).
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini sekiranya perkara tersebut semakin teruk dan berlarutan sehingga menggangu aktivti harian anda. Sementara itu, kami nasihatkan anda agar untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin dan nutrisi semula jadi yang tinggi.
Masih risau dengan masalah lutut anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.