Sulit
3 tahun
Lenguh@sakit lutut, paha, betis, pergelangan kaki
Saya berumur 42 thn, asl malam dan stiap kli nak tidur paha, lutut, betis, pergelangan kaki saya lenguh, saya tak dpt tidur, biasa jam 4@4lbh am br la dpt tidur,.kadang2 anak tekan2@picit memang tak rasa apa… Sakit ni dah berlarutan hmpir 4@5 tahun…
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kegusaran anda berkenaan gejala lutut, paha, betis, pergelangan kaki yang lenguh dan sakit sehingga mengganggu tidur anda. Kami akan cuba membantu anda dalam hal ini.
Untuk makluman anda, anggota bawah tubuh yang lenguh dan sakit boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya termasuk,
- Obesiti
- Faktor usia
- Keradangan sendi
- Aktiviti mengangkat beban berat
- Kerap melakukan aktiviti yang intensif
Namun begitu ia juga boleh disebabkan oleh penyakit yang serius serta memerlukan rawatan doktor segera seperti
- jangkitan virus
- rheumatoid arthritis
- osteoarthritis
- ketumbuhan tulang
Sila hubungi kami di atas talian agar kami dapat membantu anda dan memberikan penerangan dengan lebih lanjut mengenai masalah yang dialami serta rawatan sekiranya perlu.
Pegawai khidmat pelanggan kami juga akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.