Sulit
3 tahun
Lutut sakit sebelah kanan
Hi doctor, sy berumur 29 tahun. Sejak beberapa bulan ini lutut sy terasa sakit kalau memandu, berjalan lama atau aktiviti yang memberi beban kepada lutut. Pernah sekali sakit sangat nak Jalan pun tidak boleh. Makan pill tahan sakit dan pakai knee support baru baik sikit. Kalau malam rasa berdenyut-denyut rasa lutut tu. Pagi bangun sakit kaki bila cecah lantai. Adakah sy perlu berjumpa dengan doktor utk rawatan atau sakit ini akan hilang dgn sendirinya? Berat 76 tinggi 158.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan lutut
- Jangkitan sendi (septic arthritis)
- Kecederaan meniscus (meniscus injury)
- Osteoartritis
- Rheumatoid arthritis
- Berat badan berlebihan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami galakkan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.