Sulit
3 tahun
Sakit lutut di bahagian kiri
Saya lelaki berumur 21 thn,semnjk semlm lutut saya disebelah kiri terasa nyeri dan gilu setiap kali ingin berjalan dan apabila kaki saya membengkok semasa berjalan akan terasa ngilu dan sakit .tapi saya x ad mengalami kecederaan atau eksident di lutut.apa yg perlu saya lakukan dan apakah saya mengalami penyakit.minta penjelasan doc trima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda mengenai sakit dan ngilu pada lutut kiri anda ketika sedang melakukan pegerakan. Kami akan cuba seda upaya kami untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit lutut pada umur yang muda memerlukan perhatian oleh doktor. Antara punca seseorang mengalami sakit lutut pada umur yang muda adalah:
- Obesiti
- Osteoartritis
- Artritis reumatoid
Ia juga boleh disebabkan oleh keadaan yang lebih serius dan keadaan ini memerlukan rawatan segera, contohnya:
- Jangkitan sendi
- Kecederaan tulang atau sendi
- Kanser tulang (osteosarcoma)
Sila hubungi kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dan memberikan penerangan dengan lebih lanjut mengenai masalah yang dialami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.