Sulit
3 tahun
Sakit lutut bunyi krek
Hi, saya berumur 33 tahun. saya kerap sakit lutut.saya mengalami selama 3 tahun…lama lama skrg sakit banyak bunyi krek pun kuat sangat.saya banyak guna tangga di tempat kerja(adakah ini boleh jadikan sakit lutut),kalau nak bangun pun bunyi kuat sanagat…buat senaman pun tak berani nak buat. selama ini saya ambik glucosamine (bio life) but still pain.lutut kiri saya sakit sangat. doktor apa yang i kena buat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit lutut. Untuk makluman anda, sakit pada lutut boleh disebabkan oleh beberapa perkara dan faktor iaitu:
- Penggunaan lutut yang berlebihan seperti melakukan aktiviti harian yang melibatkan pergerakan sendi lutut secara berlebihan. Ini akan menyebabkan cecair pada sendi lutut menjadi nipis dan menyebabkan permukaan tulang sendi menjadi mudah terhakis dan rapuh.
- Kekurangan nutrisi dalam badan atau dehidrasi yang boleh menjejaskan rembesan cecair pada sendi lutut sebagai sejenis pertahanan.
- Kecederaan pada lutut
- Masalah pengsarafan pada lutut yang boleh disebabkan oleh kecederaan
- Ketegangan otot atau sendi lutut akibat elektrolit yang kurang dalam badan
- Penyakit sistemik auto-imun seperti penyakit reumatik ( Rheumatoid Arthritis ) yang boleh menyebabkan keradangan pada sendi-sendi seperti lutut, pergelangan tangan dan juga pergelangan kaki
- Penyakit Gout iaitu sejenis penyakit dimana badan anda mengandungi asid urik yang tinggi.
- Keradangan pada sendi lutut yang disebabkan oleh kecederaan atau jangkitan kuman. (Selalunya ia akan berlaku pada satu belah lutut sahaja).
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini sekiranya perkara tersebut semakin teruk dan berlarutan sehingga menggangu aktivti harian anda. Sementara itu, kami nasihatkan anda agar untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin dan nutrisi semula jadi yang tinggi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.