
Sulit
5 tahun
Masalah herpes di alat sulit
saya disahkan oleh doktor ada herpes @ kayap di kemaluan.telah diberi ubat antivirus.tp rasa pedih tu masih ada lagi…dalam tempoh berapa lama ia akan hilang rasa pedih tu.saya juga ada penyakit kencing manis

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, durasi kesakitan itu bergantung kepada individu. Memandangkan anda mempunyai penyakit kencing manis, hal ini melambatkan proses badan untuk pulih. Maka, faktor ini turut mempengaruhi durasi kesakitan tersebut.
Walaubagaimanapun, sekiranya sakit tersebut susah untuk dibendung, anda harus mendapatkan ubat untuk merawat dan mengurangkan kesakitan tersebut.
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini. Untuk mengetahui jika ubat tersebut sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.