
Sulit
4 tahun
Peha kanan saya mengalami getaran dan saya selalu merasakannya setiap hari
Saya seorang perempuan berumur 23 tahun. Sejak kebelakangan ini, saya sering merasakan peha saya bergerak sendiri seperti getaran dan getaran ini berlaku setiap 30saat ke 1 minit. Getaran ini saya rasakan ketika saya duduk, berdiri, ketika melunjurkan kaki juga. Setakat ini getaran ini terhenti selama sehari kemudian keesokan harinya dia muncul lagi sehingga kini. Mengapakah hal ini berlaku dan adakah serius?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah getaran yang berlaku pada kawasan paha anda. Untuk makluman anda, gejala ini merupakan satu perkara yang tidak perlu dibimbangkan dan ia dikenali sebagai Muscle Twitching yang boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor. Namun sekiranya anda mengalami getaran otot yang disampingi oleh kekejangan atau kesakitan yang tidak dikawal, maka ia boleh disebabkan oleh beberapa penyakit otot yang diketahui.
Terdapat beberapa faktor atau perkara yang boleh dikaitkan denga gejala otot bergetar iaitu:
- Pengumpulan asid laktik (Lactic acid) pada otot-otot tersebut terutamanya selepas melakukan aktiviti sukan atau bersenam. Lactic acid merupakan sejenis bahan yang dirembeskan ketika pergerakan otot melalui proses anaerobic respiration yang berlaku akibat penggunaan tenaga tanpa oksigen.
- Gangguan stress atau kegelisahan.
- Mengambil bahan mengandungi kafein secara berlebihan.
- Kekurangan nutrisi seperti vitamin D, vitamin B, dan juga kalsium
- Bahan elektrolit yang tidak seimbang dalam badan.
- Dehidrasi
- Mengambil bahan yang mengandungi nikotin seperti merokok
- Pengambilan sesetengah ubat seperti steroid dan pil perancang estrogen.
Setakat ini, kami sarankan anda untuk tidak membimbangkan perihal ini dengan lebih lanjut dan mencadangkan anda agar untuk mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.