Sulit
2 tahun
Pembedahan membuang limpa
Hello doktor, saya ingin bertanya tentang masalah yang dihadapi oleh abang saya. Abang saya mengalami kemalangan yang menyebabkan organ dalamannya tercedera teruk. Organ seperti limpa terpaksa dibuang. Selain itu, kidneynya juga tercedera serta ususnya mengalami kebengkakkan dan terpaksa dibuang sedikit.Dia telah ditempatkan di ICU selama 3 minggu dan telah menjalani pembedahan sebanyak beberapa kali dibahagian perut. Abang saya mengalami shivering sejak kebelakangan ini.Adakah ianya disebabkan oleh faktor demam atau kesan ubat bius yang dimasukkan kedalam badannya.Atau ianya disebabkan oleh faktor kecederaan pada sistem saraf?Baru-baru ini, doktor di hospital telah scan kepalanya dan tiada pendarahan yang berlaku. Berdasarkan pengalaman doktor, apakah pendapat doktor tentang situasi abang saya ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Virus
- Jangkitan bakteria
- Penyakit radang tertentu
- Beberapa ubat-ubatan, seperti antibiotik dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau sawan
- Punca demam tidak dapat dikenalpasti
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.