Anonymous
2 tahun
Tempat operation berair serta mengeluar sedikit darah, pening kepala berpusing dan cepat mengah
Saya wanita berumur 16 thn. 5 hari yang lalu saya menjalani pembedahan appendix. Tempat luka itu sedikit berair dan mengeluarkan sedikit darah.Jika saya bergerak saya rasa seperti bahagian luka itu terbuka.Pada masa yang sama saya juga sering rasa sakit kepala berpusing selepas melakukan pembedahan. Kalau saya melakukan aktiviti ringan saya mudah rasa mengah dan tercungap.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Bagi masalah anda, saya nasihatkan anda untuk ke hospital dan berjumpa doktor yang merawat dan memeriksa anda. Ini kerana, saya khuatir luka tersebut akan terkena jangkitan. Saya percaya doktor yang merawat anda lebih mengetahui tahap kesihatan anda.
Gejala pening dan kepala berpusing itu juga mungkin berkait rapat dengan simptom itu.
Sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih