Sulit
2 tahun
Pembedahan LRS di Femur sakit di lupa pin kadang kadang pedih yang terlampau pedih
Doktor saya ingin bertanya saya buat pembedahan kaki di femur masuk area LRS persoalan saya kenapa luka di pin tu sentiasa pedih dan sakit kadang kadang susah nk tidur malam malam painkiller pun tak jalan apa perlu saya buat ya doktor
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda,kesakitan di tempat pembedahan adalah kesakitan yang disebabkan oleh prosedur pembedahan. Kesakitan mempunyai beberapa sebab yang mungkin, termasuk:
- Kerosakan tisu pada hirisan
- Prosedur itu sendiri
- Penutupan luka
- Daya yang mungkin dikenakan semasa prosedur
Saya juga menyarankan anda untuk menghubungi pakar bedah anda jika sakit anda tiba-tiba meningkat atau menjadi tidak terurus.Hal ini juga menganggu aktiviti harian dan tidur anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.