petalyaa
2 tahun
Pantang selepas minor operation
Saya baru selesai menjalani pembedahan kecil di bahagian belakang leher untuk membuang Sebaceous Cyst. Perlukah saya berpantang makanan seperti daging merah dan makanan pedas?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Selalunya tiada pantang khas selepas pembedahan dibuat kecuali atas nasihat doktor yang merawat anda. Namun, makanan yang mempercepatkan proses penyembuhan adalah seperti :
- Makanan kaya dengan protein seperti daging, telur, ikan, kekacang
- Supplemen seperti Vitamin C
- Sayur sayuran hijau
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.