Sulit
2 tahun
Selepas pembedahan otherpedik
saya nak tanya doktor ,lepas operation kaki ,lutut saya dengan buku lali tidak dpt bengkok dengan sempurna ,apakah latihan yang bagus untuk pulihkan ,atau mmg tidak boleh pulih mcm biasa
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah lutut dan buku lali tidak dapat dibengkokkan dengan sempurna selepas pembedahan ortopedik memerlukan sedikit masa untuk kembali kepada normal. Sekiranya terdapat besi yang dimasukkan, maka ia akan menjadi sukar sedikit. Anda boleh mengikuti cara-cara fisioterapi yang diajar oleh pakar fisioterapi anda bagi mengembalikan semula fungsi lutut dan buku lali anda. Sekian