syamimishah449
2 tahun
Adakah ini granuloma?
saya wanita umur 30 thn . 1/6 /2019 saya telah buat pembedahan sbb di diagnoskan sebagai ectopic pregnancy 7mggu… tetapi doct tidak membuang tiub saya… just potong hujung fibrae sahaja…yang ingin sya tanykn di sini… selepas sebulan op… dibhgian pusat ada naik isi lebih kecik… bagaimana cara untuk kecut kan ataupon adakah ia boleh sembuh sendiri… tanpa sebarang ubat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, luka pada bahagian yang anda maksudkan mungkin berpunca daripada:
- Hernia luka jahitan
- Hemangioma
- Parut keloid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.