
Sulit
4 tahun
Penyakit herpes kelamin
Kalau virus ni terkena di tempat alat sulit sekarang adakah di lain waktu dia akan terkena di tempat yang sama ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Herpes berpunca daripada jangkitan herpes simplex virus (HSV) jenis 1 ataupun 2. Bergantung kepada jenis virus, kebiasannya lokasi jangkitan akan berbeza. Sekiranya anda mempunyai herpes jenis 1 kebanyakannya hanya akan mengakibatkan luka atau lepuh di bahagian mulut manakala bagi pesakit herpes jenis 2, bahagian di sekitar atau pada kemaluan akan terlibat. Walaupun begitu, terdapat juga peratusan kecil di mana penghidap herpes jenis 1 mempunyai masalah pada bahagian alat kelamin juga namun ianya jarang berlaku.
Situasi yang dialami anda sebenarnya bukan sesuatu yang tidak biasa berlaku. Jangkitan virus ini terjadi melalui sentuhan terus kulit, ciuman, perkongsian sudu, pinggan dan garfu serta perkongsian alatan mandi dengan orang yang telah dijangkiti oleh virus ini sebelumnya.
Perkara penting yang anda perlu ketahui adalah virus ini akan berada di dalam tubuh badan anda pada tempoh yang lama. Walaupun luka dan lepuh sudah hilang, ia akan kekal dorman di dalam sel saraf anda dan sekiranya anda jatuh sakit atau demam, ia akan kembali aktif. Anda disarankan menggunakan kondom sewaktu bersama pasangan anda. Namun, ia hanya akan dijangkiti jika anda sedang dalam tempoh aktif jangkitan herpes tersebut. Sesetengah orang akan mempunyai kurang selera makan, lantas berat badan pun akan menurun.
Anda disarankan agar berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan bagi masalah ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.