
Sulit
5 tahun
Penyakit kelamin herpes
Saya baru berjumpa doktor semalam berkaitan kemaluan saya pedih dengan bintik2 merah…dan doktor kata saya mengalami penyakit kelamin jenis herpes…adakah penyakit ni mengganggu untuk saya mengandung ? Dan adakah penyakit ini berbahaya ? Apa yg perlu saya lakukan untuk pulihkan penyakit saya ni…dan untuk elakkan penyakit ni berlaku lagi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, perawatan herpes kelamin bertujuan untuk mengurangkan kejadian outbreak , tetapi ia tidak boleh menyembuhkan virus herpes ini. Ubat antivirus seperti acyclovir boleh membantu mempercepatkan masa penyembuhan luka anda dan mengurangkan kesakitan.
Bagi meningkatkan efektiviti, ubat boleh diambil pada tanda-tanda pertama wabak seperti rasa geli-geli, gatal, dan gejala lain-lain untuk mengurangkan sakit sewaktu outbreak .
Gunakan sabun yang lembut apabila mandi, usahakan mandi di dalam air suam, serta pastikan tempat yang dijangkiti bersih dan kering. Pakai pakaian berbahan kapas yang longgar untuk memastikan kawasan itu selesa.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.