Anonymous
5 tahun
Pitam, sesak nafas dan kebas tangan serta kaki
Assalamualaikum…suami saya pernah mengalami pandangan tiba-tiba bertukar kuning dan akhirnya gelap ketika berkwrja di bawah cuaca panas. Setelah itu, suami mula merasa sesak nafas serta sakit dada. Jari-jari tangannya menjadi kembung manakala bahagian kakinya membengkok. Otot kakinya juga mengecut. Suami juga merasa kebas pada seluruh tangan dan kaki beliau. Setelah diurut perlahan-lahan suami pulih walaupun masih lemah. Ketika situasi ini berlaku suami dihantar ke hospital tetapi tidak diberi rawatan oleh doktor. Beliau hanya dibiarkan terbaring bersendirian sahaja. Apakah masalah kesihatan suami saya ini doktor?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Ianya mungkin daripada masalah sistem jantung, dimana ianya menyebabkan ‘Heart Failure’. Jika suami anda merokok, ianya disarankan untuk berhenti merokok. Ianya lebih disarankan jika anda mendapatkan pengesahan lebih lanjut ke pihak klinik.
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link di bawah untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!