
Sulit
4 tahun
Rasa ngilu & seperti ditarik dari dalam pada bahagian tangan, dada & kepala pada sesuatu keadaan
Saya lelaki berusia 20an dan saya merasa ngilu dan seperti ditarik dari dalam pada bahagian tangan, dada & kepala menyebabkan saya susah untuk tidur. Keadaan ini berlaku apabila saya tidak boleh menerima sesuatu keadaan, sedih & berputus asa dengan diri. Jika saya tidak boleh menahannya dan saya mahu tidur untuk bekerja keesokannya saya akan membuat garis halus pada tangan supaya rasanya ngilu itu tidak dapat saya pikirkan dan hanya memikirkan rasa sakit di tangan. Adakah rasa nyilu & ditarik itu memberi apa-apa kesan kesihatan pada saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara amnya, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- masalah psikiatri- stress, keresahan (anxiety), OCD
- Aliran darah yang tidak mencukupi - seperti saluran darah aorta mengecil (“coarctation or aorta”) atau aorta terhiris (aortic dissection)
- Trauma
- Kurang vitamin B atau kalsium
- Sakit jantung
Namun, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih