sariyanti
5 tahun
Sakit dada sebelah kiri dan sakit jantung
Doc, saya selalu sakit dada belah kiri ni. Saya ni sakit jantung ke?
5 tahun
Selamat pagi! Terima kasih kerana bertanya.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit dada di sebelah kiri termasuk:
- Penyakit jantung
- Penyakit paru-paru
- Penyakit tulang
- Kayap
Penyakit jantung yang dikenali sebagai angina pectoris merupakan sejenis kondisi yang menyebabkan sakit dada yang kronik. Kondisi ini adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen ke sel-sel jantung.
Sakit dada yang berpunca dari angina pectoris biasanya menjadi lebih serius semasa menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal dan kesakitan tersebut akan berkurangan semasa berehat. Berdasarkan kenyataan anda, risiko anda untuk menghidap penyakit jantung adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai faktor-faktor risiko untuk menghidap penyakit jantung seperti:
• Usia yang lebih tua
• Anggota keluarga yang menghidap penyakit jantung
• Darah tinggi
• Kencing manis
• Kolesterol tinggi
• Penyakit buah pinggang
• Merokok
• Berat badan berlebihan
• Kekurangan senaman
Oleh sebab sakit dada merupakan tanda untuk pelbagai jenis penyakit serius, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin agar punca kepada masalah anda boleh dikesan dan dirawat seawal mungkin.
3 tahun
Salam sejahtera! Terima kasih atas soalan anda.
Sakit jantung merupakan salah satu diagnosis yang paling utama apabila seseorang mengalami sakit dada. Namun begitu, ia juga bergantung kepada umur, jantina dan risiko seseorang untuk mengalami serangan jantung.
Terdapat beberapa punca-punca yang utama untuk sakit dada sebelah kiri seperti di bawah:
• Angina
Angina merupakan simptom kepada masalah jantung disebabkan oleh
kekurangan oksigen yang dibekalkan kepada otot jantung. Ia biasa berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal yang lebih kental daripada biasa dan sakit juga boleh berlaku di bahu, leher dan badan.
• Sakit jantung
Ini berlaku apabila otot jantung menjadi rosak disebabkan oleh kekurangan oksigen. Biasanya sakit di dada adalah menusuk disertai dengan peluh secara berlebihan, sakit yang ketat dan juga kesukaran bernafas.
• Serangan panik
Ia disertai dengan sesak nafas, jantung berdebar, loya dan juga rasa gelisah.
• Pedih ulu hati
Oleh itu, saya sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk rawatan yang sepatutnya.
Jika gejala ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dan mendapatkan rawatan dari seorang doktor.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!