
nanarazali280688
5 tahun
Sakit dibahagian tengah tapak kaki kiri
Saya wanita 30an tahun. Saya kerap mengalami sakit ditapak kaki kiri (bahagian tengah). Saya berkerja part time sebagai cashier. Kerja memerlukan saya berdiri 6-8 jam. Adakah itu punca utama saya kerap sakit dibahagian tapak kaki?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kemungkinan sakit di bahagian tapak kaki anda disebabkan oleh faktor berdiri dalam jangka masa yang panjang.
Namun terdapat pelbagai keadaan lain yang boleh menyebabkan terjadinya perkara ini. Antaranya :
- Kecederaan: Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan
- Terseliuh
- Plantar fasciitis: Keradangan tisu penghubung pada tapak kaki
- Bursitis: Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan bengkak dan sakit di tumit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.