
noorulaisikin
5 tahun
Sakit punggung bila duduk
Sy mengalami masalah sakit punggung bila duduk. Dah almost 2 bulan. Sakit kadang2 hilang. Tak de bisul, tak de luka…

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mempunyai simptom-simtom yang menyebabkan tubuh anda tidak selesa. Namun begitu, simptom-simptom yang anda nyatakan ini adalah tidak spesifik, maka agak sukar untuk membuat kesimpulan tentangnya.
Kesakitan pada punggung anda boleh disebabkan oleh masalah pada tulang, otot atau saraf serta organ pada sekitarnya. Kesakitan pada tumit, kaki, peha, badan juga boleh berkaitan dengan punggung anda.
Untuk mengetahui penyebab masalah anda ini, maklumat lanjut perlu kami perolehi sebelum membuat kesimpulan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi memberikan maklumat lanjut dan mendapatkan nasihat tentang masalah ini. Terima kasih.