
Sulit
4 tahun
Scan hamil tetapi upt negatif
saya wanita baru berkahwin, umur 20-an. sy sakit pinggang kanan 5 hari berturut-turut. sakit dlm tempoh period, tapi period berwarna coklat gelap calit-calit. sy rujuk pada dr, keputusan nya sy hamil 4 minggu dng imbasan bayi utk memastikan kantung adalah sempurna. sehari lepas tu, period sy warna merah. Tak banyak lah seperti period normal. 10 hari kemudian, sy nak buat buku merah. tapi tak sure sebb kluar drh. jdik nurse sruh sy cek upt, -ve. sy diberi ubat asid folik dan sy sllu makan ubat tu. 8 hari berikutnya, sy cek sendr, msih -ve. terkadg sy terasa perut sy keras,dn berdenyut. sy jugk kerap pening kepala dn buang air kecil. Persoalannya, sy nk tnya adakah potensi utk sy hamil tuu ada atau tidak?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, ujian UPT ini berfungsi untuk mengesan jumlah hormon HCG iaitu sejenis hormon yang dirembeskan khususnya ketika kehamilan yang dikeluarkan melalui air kencing. Gejala kedatangan haid dan senggugut yang anda alami serta darah berwarna coklat tersebut boleh menandakan bahawa implantasi janin telah gagal dan sel persenyawaan tersebut telah gugur dari rahim anda.
Ujian UPT yang anda lakukan selepas itu menunjukkan keputusan positif palsu, bermaksud hormon HCG tersebut masih terkandung dalam darah dan air kencing tetapi kehamilan tidak berlaku. Hormon HCG ini akan kekal di mengalir dalam darah lebih kurang selama 1-2 bulan selepas keguguran dan ia akan memberikan keputusan UPT yang kurang tepat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Kami harap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.