Sulit
2 tahun
Upt kabur banyak kali
Hi doc … sy nk tanya , saya ad buat upt seminggu sblum due period ,upt naik double line tp samar² … sy buat 4kali upt pada hari yg berbeza semua naik tapi samar² … hari ni dh delay period 2hari , dh buat upt jgk naik double line tp masih samar² sama mcm sebelum ni … adakah sy pregnant / cuma masalah hormon ? Simptom pinggang sakit , loya ,breast sgt² sakit & perut kram … tq respone dokter
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ujian UPT biasanya diguna pada minggu selepas tempoh haid yang terlewat. Selain itu, keputusan ujian upt perlu dibaca dalam 5 minit dan tidak melebihi untuk keputusan yang tepat; sebab positif palsu mungkin akan terjadi sekiranya anda membiarkan upt tersebut melebihi 5 minit. UPT berfungsi dengan mengesan kepekatan hormon HCG dalam kencing dan kehamilan akan meningkatkan kepekatan hormon ini. Oleh itu, sekiranya anda dapat keputusan 2 garisan untuk ujian UPT dalam 5 minit, walaupun samar, kemungkinan anda hamil adalah tinggi.
Walaubagaimanapun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.