Sulit
3 tahun
Pregnant test ,isteri saya berusia 25tahun, Dan lewat datang bulan selama satu minggu,bila buat tes pregnant, 2 line t terang dan c kabur
Salam, mahu Tanya kalau test pregnant T terang Dan C kabur, adakah keputusan itu positif
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, berdasarkan keterangan yang anda berikan, ujian kehamilan anda boleh menunjukkan:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan
Anda boleh menguji air kencing anda semula selepas 1-2 hari dengan mengikuti rapi arahan yang tertera pada pek kit ujian kehamilan anda. Sekiranya keputusan masih meragukan anda boleh menghubungi doktor kami.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.