Sulit
3 tahun
Positive UPT tapi tidak yakin
Saya seorang wanita yg mempunya haid yg tidak teratur. Namun badan saya terasa lesu lately, jadi saya telah mengambil upt dan OPK. Keputusannya saya mendapat positif UPT. Adakah possible result upt saya ini tidak tepat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sekiranya cara anda menggunakan ujian upt adalah tepat, kadar ketepatan hasil atau keputusannya adalah sebanyak 99 peratus.
Keputusan ujian upt perlu dibaca dalam 5 minit dan tidak melebihi untuk hasil yang tepat; sebab positif palsu mungkin akan terjadi sekiranya anda membiarkan upt tersebut melebihi 5 minit. UPT berfungsi dengan mengesan kepekatan hormon HCG dalam kencing dan kehamilan akan meningkatkan kepekatan hormon ini.
Oleh itu, sekiranya anda dapat keputusan 2 garisan untuk ujian UPT dalam 5 minit, walaupun samar, kemungkinan hamil adalah tinggi. Anda perlu pergi ke klinik kesihatan untuk kenal pastikan status kehamilan anda serta buka buku hamilan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).