Sulit
2 tahun
Ada simptom hamil namun upt -ve
Saya wanita berusia 25 tahun dan sudah melangsungkan perkahwinan 3 bulan yang lalu. Saya mempunyai kitaran haid yang teratur setiap bulan, namun pada bulan ini saya mengalami beberapa simptom kehamilan seperti loya, badan cepat letih dan mengantuk, perubahan selera makan bertambah, pening kepala, breast pain, hidung kerap tersumbat dan badan panas macam nak demam.
Biasanya, kitaran haid saya berlangsung selama 7 hari namun pada bulan ini keluar bleeding awal 2 hari sebelum tarikh kitaran haid yang sepatutnya. Apa yang menghairankan saya, bleeding itu cuma berlangsung selama 3 hari. Pada hari pertama darah dalam kadar yang banyak dan saya mengalami senggugut. Hari kedua pula darah semakin sedikit dan pada hari ketiga cuma ada spotting warna coklat. Saya telah membuat upt namun keputusannya -ve. Saya keliru samada hamil atau tidak, menurut doktor perlukah saya membuat pemeriksaan di klinik?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anda tidak mungkin mengalami haid semasa anda hamil. Sebaliknya, anda mungkin mengalami “tompok” semasa awal kehamilan, yang biasanya berwarna merah jambu muda atau coklat gelap.
Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt.
Penyebab negatif upt yang salah
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.