Sulit
3 tahun
Harap doc menjawab semua soalan yg saya tujukan. apakah masalah yg saya hadapi
hello doc, saya ada beberapa soalan yg hendak ditanya. saya harap doc jawab semua soalan yg saya tujukan.
- saya last bersama pasangan pada 4/9/21 kerana kami pjj (perhubungan jarak jauh) jadi itu lah tarikh kami last bersama. saya sudah period pada 25/9 sehingga 27/9 tapi saya tktau adakah itu darah period atau pun darah bleeding? boleh tak doc bagi penerangan secara terperinci tentang perbezaan antara darah period dan darah bleeding. contohnya dari segi warna, testur nya dan sebagainya.
- saya sudah byk kali membuat ujian UPT sejak pertengahan bulan 9 yg lalu di rumah dan hasil ujian adalah negative. sampai harini pun masih negative. saya sudah ikut segala syarat sebelum melakukan UPT seperti membuat ujian pada awal pagi dan air kencing pertama selepas bangun tido.
- start hari khamis (14/10/21) saya merasakan mcm ada sesuatu di dalam perut saya, kerana pada bulan 9 itu saya sering menekan2 perut saya kedalam kerana hendak tahu adakah saya pregnant atau tidak. pada bulan 9 2021 ketika saya menekan2 perut saya, saya rasa perut saya lembut sahaja dan tiada apa2. tapi sejak khamis yg lalu (14/10) apabila saya menekan perut saya, saya merasakan mcm ada ketulan di dalam perut saya. saya merasakan ketulan itu sampai skrng. selepas menekan perut, dlm beberapa jam selepas itu saya rasa sakit di perut, tapi sakit yg manja2. jadi soalan saya, apakah maksudnya itu doc? adakah saya hamil? atau adakah perut saya sakit kerana saya sering menekan2 nya kedalam? dan kenapa pulak saya rasa mcm ada ketulan dlm perut saya ye?
- saya sudah pergi ke klinik pada hari selasa lepas tapi doc situ kata kena buat appoiment dulu kerana klinik sudah penuh. bulan 12 nanti baru ada kekosongan. saya harap doc dapat membantu menjawab semua persoalan saya ini. kerana saya tinggal di kampung dan satu saja klinik yg ada disini. terima kasih. harap doc menjawab semuanya dgn terperinci.
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami anda mempunyai beberapa soalan perihal spotting, ujian kehamilan, sakit pada perut dan status kehamilan anda. Kami akan cuba untuk membantu.
Untuk makluman anda, pendarahan haid sememangnya berbeza dengan spotting penempelan embryo (kehamilan). Antaranya adalah:
- Warna: spotting kehamilan bewarna merah cair dan coklat, manakala warna darah haid lebih konsisten dan semakin memekat pada hari seterusnya
- Jumlah darah yang keluar: spotting kehamilan hanya berlaku sedikit sahaja dan jarang memenuhi tuala wanita. Darah haid pula akan meningkat jumlahnya dari hari ke hari.
- Sakit senggugut: Bagi kehamilan sakit ini sekejap dan tidak berapa serius. Senggugut haid lebih lama dan sakitnya teruk
- Tempoh darah keluar: spotting darah kehamilan keluar 1-3 hari. Tetapi haid 4-7 hari atau lebih bergantung pada individu.
Berikut merupakan ciri-ciri umum untuk membezakan darah haid atau spotting kehamilan. Namun, kehamilan selalunya ditemani dengan simptom mengandung yang lain seperti, mual, muntah, sakit payudara, sakit kepala, sakit belakang, penat dan mood berubah-ubah. Ia bergantung kepada individu.
Selain itu, ujian UPT di farmasi mempunyai ketepatan sebanyak 95%. Bermaksud hanya 5% sahaja kemungkinan untuk keputusan negatif palsu (false negative). Terdapat 4 kemungkinan yang menyebabkan keputusan anda negatif palsu atau salah iaitu:
- Ujian UPT diambil terlalu awal semasa kehamilan
- Tidak mengikut waktu menunggu keputusan yang disarankan pada UPT
- Air kencing yang terlalu cair
- UPT yang sudah tamat tarikh luput
Seterusnya, sakit perut anda boleh disebabkan oleh pelbagai perkara lain yang sukar untuk kami beri diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Ia boleh berpunca daripada keracunan makanan, radang usus, appendiks dan pelbagai lagi. Jika perkara ini berterusan dan membimbangkan, sila rujuk kepada doktor.
Saranan kami adalah, buat temujanji bersama doktor. Anda juga boleh membuat temujanji bersama doktor kami secara atas talian. Hal ini kerana, hanya dengan konsultasi secara profesional, kami boleh memberikan nasihat rawatan serta diagnosis tepat mengenai masalah anda. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.