Sulit
3 tahun
Pregnancy test secondline
hai docter . Saya dah lewat haid 2 bulan . Last week saya Check Upt . 16,16,17,18/10 second line kabur selepas 3-5 saat . Than saya buat upt semula pada 20/10 pada pukul 5 pagi . Dah tade second line ? . false Pregnant atau Sebab masih baru lagi ? .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda ingin mengetahui punca kabur pada garisan kedua ujian UPT. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ujian UPT mempunyai sensitif 90% untuk mengesan hormon hCG yang menunjukkan kehamilan. Namun begitu, hCG adalah hormon yang boleh ada dalam badan walaupun tidak hamil. Nilai hCG yang tinggi ketika kehamilan juga tidak bermaksud bahawa kehamilan tersebut tidak mempunyai masalah.
Daripada maklumat di atas, keputusan UPT yang tidak jelas adalah disebabkan tahap hCG pada waktu itu, tidak lagi mencukupi untuk dikenalpasti sebagai kehamilan. Sepertimana hormon dalam badan yang lain, hCG juga ada turun naiknya dalam badan. Jika inginkan kepastian kehamilan, anda boleh rujuk kepada doktor dan menjalani ujian UPT darah serta imbasan ultrasound rahim.
Bagi maklumat lanjut perihal kesuburan dan kehamilan yang sihat, kami sarankan anda bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.