Sulit
3 tahun
Urine pregnancy test kit
Hai saya baru mendirikan rumah tangga bulan 8 haritu dan pada bulan ini period saya lewat 3 hari dan saja try buat upt then keputusan 2 line tapi line sikit pudar…bangun awal pagi tu saya cek lagi tetap sama tetapi saya mengalami pendarahan semacam period then saya cek lagi negative…adakah upt tu rosak ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kekeliruan anda mengenai keputusan ujian UPT anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ujian UPT disarankan untuk diambil 10-14 hari dari tarikh haid terlepas. Ini kerana kadar hormon kehamilan, hcG pada awal kehamilan adalah masih rendah dan tidak dapat dikesan melalui ujian UPT. Selain itu, ada beberapa perkara yang boleh memepengaruhi keputusan UPT seperi penyakit kencing kotor, sista ovari, dan masalah buah pinggang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada doktor. Anda boleh mendapatkan konsultasi atas talian bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.