
Sulit
3 tahun
Sering sakit di bahagian belakang badan dan dibawah dada setiap kali bangun daripada tidur
Asslm… sy bekerja sebagai pengaturcara perisian komputer yang setiap hari saya duduk dihadapan komputer dlm masa 4-8 jam sehari… kebelakangan ini saya mengalami sakit pada bahagian belakang dan bawah dada sebelah kanan pada setiap kali sy bangun tido… bolehkah doktor menerangkan apakah yang perlu saya buat untuk menangani masalah ini… terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah sakit belakang dan dada kanan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kesakitan yang anda akami boleh disebabkan oleh postur duduk dan tidur yang tidak betul. Duduk terlalu lama setiap hari juga boleh menyebabkan perkara ini.
Untuk mengatasi sakit belakang dan dada, anda boleh cuba mengubah postur duduk yang lebih baik, menggunakan kerusi yang lebih ergonomik dan kerang bangun untuk meregangkan otot setiap sejam sewaktu bekerja.
Sekiranya sakit belakang dan dada anda berlarutan, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Anda boleh hubungi kami untuk konsultasi atas talian serta rujukan kepada pakar sekiranya perlu.
Terima kasih.