Anonymous
2 tahun
Skop tengok perut selepas bertahun gastrik
hi doctor, saya sakit perut berpanjangan, hari tu ada nurse suggest saya buat skop, biasanya dalam berapa kos? sakit ke? adakah saya pengsan sepanjang skop itu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, prosedur skop yang anda nyatakan adalah prosedur yang dinamakan endoscopy. Endoscopy boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis bergantung kepada bahagian perut atau usus yang ingin dilihat. Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat rawatan ini, anda boleh merujuk masalah anda ke klinik kerajaan untuk dirujuk kepada pakar bagi prosedur ini. Biasanya kos di hospital kerajaan lebih murah bergantung kepada kerakyatan, pekerjaan dan pendapatan anda. Namun, sekiranya anda memilih hospital kerajaan, anda perlu menunggu lebih lama sebelum giliran anda menjalani prosedur ini. Ia boleh memakan masa berbulan-bulan sebelum sampai giliran anda jika kes anda tidak begitu serius.
Anda juga boleh memilih untuk melakukan prosedur ini di klinik atau hospital swasta yang kosnya adalah lebih mahal tetapi lebih cepat.
Prosedur ini memerlukan kamera kecil dimasukkan ke dalam perut anda melalui rongga mulut atau dari dubur. Oleh itu, semasa prosedur ini, anda akan diberikan ubat tidur, namun anda tidak akan pengsan sepenuhnya, sebaliknya hanya separa sedar.
Sila dapatkan maklumat lebih lanjut tentang prosedur ini daripada doktor anda dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.