Sulit
6 tahun
Tekak seperti tersangkut sesuatu dah hampir 3 minggu
Saya berumur 34 tahun, sejak 3 minggu lepas sy alami ketidakselesaan di bahagian kanan kerongkong. Seperti ada sesuatu yang tersangkut selepas sy makan dan keadaan menjadi semakin tak selesa dalam minggu ini. Sy telah rujuk ke klinik dan diberikan ubat anti radang dan bengkak. Sy pernah ada sejarah tiroid tetapi telah kembali normal hampir 10 tahun lepas. Adakah disebabkan angin dalam badan atau punca lain. Kerana selepas habis pantang sy alami bentan urat dan angin hampir 5 kali. Anak dah berumur 7 bulan. Last kene angin dalam 3 bulan lepas. Atau mungkin sensasi tekak ni disebabkan tekanan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah terasa seperti sesuatu tersangkut dalam tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Luka atau ulser tekak
- Radang tonsil yang sedang surut
- Bengkak (edema) saluran makanan
- Bangkak kalenjar air liur
- Bengkak nod limfa - akibat jangkitan tonsil sebelumnya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.





































