Sulit
6 tahun
Terasa sakit pada betis dan saya bimbang
Saya wanita umur 23 tahun dan saya bimbang tentang sakit betis saya . Bila saya tekan betis saya rasa saki belah dalam betis bila tak tekan takrasa sakit tapi kaki saya tak bengkak . Adakah itu darah beku doc
6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit pada betis boleh disebabkan oleh:
- Masalah varicose vein
- Keradangan pada otot atau tulang
- Baker cyst
- Trauma (tulang retak atau patah)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.




































