
Sulit
4 tahun
Tercucuk jarum berkarat pada jari
selamat sejahtera. semalam saya menjahit jaring tingkap yang berlubang dengan jarum yang saiz besar. jari telunjuk sy tercucuk (situasi ni sama maacam kita selalu tercucuk semasa menjahit baju). jari sy tak berdarah tetapi ada bintik yg merah dan bila saya tekan, ada sangat sedikit cecair yg lutsinar keluar, bukan darah. jarum tu berkarat sebab dah lama tak guna. apabila saya letak jari saya di bawah aliran air untuk basuh, saya hanya rasa sakit yang macam kena sengat(sangat sekejap, mungkin kurang drpd 1 saat?), lepas tu dah takde rasa sakit dah. saya basuh dengan body shampoo 2 kali dan kemudian gosok dengan garam (rumah sy takde first aid). lepas itu, luka (bintik merah) dah tak nampak dah.
soalan saya, perlukah saya dapatkan suntikan tetanus? terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Penyediaan vaksin tetanus boleh bertahan selama 10 tahun. Maka anda akan dilindungi dari tetanus untuk 10 tahun ke depan, jika anda mengalami kecederaan yang tidak terlalu berisiko. Walau bagaimanapun, jika luka anda yang berisiko seperti luka tikaman, doktor akan memberikan hanya serum tetanus, tanpa memberi suntikan vaksin.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih