
Sulit
4 tahun
Urat leher tegang (sakit leher, belakang telinga dan bahu)
Sy wanita 30an… mengalami salah bantal yang menyebabkn leher sakit dan mempunyai benjol jika dipegang… Tetapi ia hilang dalam masa 2 hari. Rasa sengal leher, sakit pada bahu dan kdg belakang telinga. Bagaimanapun, ia semakin berkurangan hingga ke hari ini (hari ke 12)… cek klinik swasta, doc bagitau urat leher tegang. Soalan sy, normalkah sakit tu lama shingga hampir 2 minggu (walaupn dlm masa tersebut menunjukkan kesembuhan)? Atau adakah terdapat permasalahan kesihatan yg lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit leher, belakang telinga dan bahu yang anda hadapi. Untuk makluman anda, waktu penyembuhan dari gejala ini bergantung juga kepada aktiviti seharian anda. Ia boleh berbeza-beza bagi setiap individu. Masalah sakit leher atau tengkuk berkemungkinan berpunca daripada otot, tendon, fascia, bursa, capsul, ligaments, disc, saraf dan dura. Penyebabnya boleh berasaskan:
- postur yang tidak baik,
- ketidakseimbangan otot,
- kekurangan stabiliti otot tengkuk,
- kecederaan whiplash
Faktor risiko menyebabkan sakit tengkuk kebanyakannya disebabkan oleh faktor mekanikal. Ia punca daripada kerja yang di lakukan dan persekitaran tempat bekerja. Oleh itu, anda disarankan untuk rehat secukupnya untuk sementara waktu penyembuhan tengkuk anda. Elakkan postur duduk yang tidak baik terutamanya sewaktu menggunakan komputer atau telefon bimbit yang lama.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih