Anonymous
5 tahun
Warna darah haid hitam dan lama
Saya wanita berusia 25 tahun… Belum berkahwin… Ada masalah kitaran haid lambat. Adakala sehingga lebih 2bulan tak datang haid… Baru-baru ni datang haid selepas 2 bulan tak datang haid tapi sedikit dan berwarna hitam…hari kedua banyak tapi masih lagi berwarna hitam… Hari ketiga pun sama. Harap sangat doktor bagi penjelesan atas masalah saya ini… Terima kasih…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih soalan yang diajukan.
Berkenaan dengan darah haid yang kelihatan hitam, ia biasanya disebabkan oleh darah yang telah lama berada di dalam rahim. Ini disebabkan oleh aliran darah haid yang perlahan pada awal haid meyebabkan ia berada lebih lama di dalam rahim atau merupakan baki darah haid anda pada kitaran haid yang lalu. Warna hitam atau lebih gelap ini terhasil akibat darah yang teroksida.
Biasanya darah hitam ini adalah sesuatu yang normal. Namun begitu, jika anda mengalami gejala lain seperti
- Sakit perut haid yang teruk
- Haid terlalu lama
- Haid terlalu banyak
- Kitaran haid yang tidak teratur
- Sakit ketika melakukan hubungan seksual
- Kesukaran mengandung
Anda perlulah merujuk perkara ini untuk pemeriksaan lanjut agar punca masalah ini dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.