Anonymous
5 tahun
Abses (elbow abscess)
apakah risiko jika abses ( dalam kulit ) tidak dirawat dengan segera ? adakah ia akan mereputkan tulang ? atau kuman itu akan memasukki ke dalam saluran darah? terim kasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, pesakit adalah amat disarankan untuk mendapatkan rawatan untuk abses dengan segera untuk mengelakkan komplikasi seperti jangkitan kuman yang semakin merebak dalam kulit. Sekiranya abses tersebut dibiarkan sahaja tanpa rawatan, terdapat kemungkinan bahawa ia akan merebak ke saluran darah seperti mana yang dibimbangkan oleh anda. Ini akan menyebabkan kuman diserebak ke bahagian badan yang lain.
Kesimpulannya, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan dengan secepat mungkin. Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai absess, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor yang bertauliah kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.