Anonymous
5 tahun
Acid Reflux (GERD)- Nasihat tentang pemakanan
Saya seorang wanita, berusia 29 tahun, menghidap acute gastritis, saya cuma ingin pastikan, adakah gastrik saya boleh pulih sepenuhnya?Saya mengalami masalah GERD, saya sering berasa angin pada perut, perut berasa cepat penuh,Saya tidak dapat berpuasa dengan sempurna tahun ini kerana keadaan gastrik saya yang mgenganggu aktiviti puasa saya. Saya diberikan ubat PPI dan antacid untuk meredakan sakit. Bolehkah doktor kongsikan tips pemakanan yang baik untuk saya amalkan, selain dari berhenti memakan pedas, berminyak dan berlemak
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:
- Kurangkan berat badan
- Jaga pemakanan ketika hamil
- Rawat hiatus hernia (jika ada)
- Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
- Elakkan makan sebelum tidur
- Makan sedikit tetapi kerap
Jika simptom GERD anda berlarutan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat melakukan pemeriksaan dan memberi ubat yang sesuai untuk anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.