Sulit
2 tahun
Ada tompok putih macam ulser satu di dalam mulut rahang kanan
Ada satu tmpokan warna putih… Tidak terasa sakit… Di bahagian posterior gingiva… Rahang pipi bawah… Cma bahagian pipi kanan terasa x selesa
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor gigi jika berasa risau tentang tompokan tersebut. Klik pautan ini untuk maklumat lanjut tentang ulser mulut
Kita perlu berasa bimbang jika terdapat juga tanda-tanda penglibatan sistemik seperti:
- Gatal, lepuh dan ulser di bahagian kulit,kemaluan dan mata
- Demam
- Bengkak di kelenjar sekitar leher, ketiak, pangkal paha
- Pendarahan di bawah kulit dan mukosa
- Batuk yang kronik
- Sakit di bahagian abdomen, gangguan semasa buang air besar, darah di dalam najis
- Pengurangan berat badan secara tiba-tiba
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.