Sulit
2 tahun
Anak mengalami masalah sembelit
Mohon bantuan dan feedback doktor…saya ada anak berumur 2tahun 8bulan. Anak saya mengalami masalah sembelit dan susah untuk membuang air besar. Sejak 2bulan kebelakangan ni.Dekat seminggu baru 1kli dia membuang najis,yang ambil masa untuk meneran dan menangis kerana sakit…Apa yang patut saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Sembelit mungkin masalah penyahhidratan ( dehydration ) atau pertukaran susu daripada susu ibu ke susu formula. Sembelit boleh juga berlaku apabila makanan pelengkap ( weaning diet ) dimulakan di mana warna najis juga akan berbeza. Sembelit juga boleh disebabkan oleh masalah usus seperti Hirschsprung’s disease, penyakit cystic fibrosis, atau kekurangan hormon tiroid( hypothyroidism ). Ada juga ubat-ubatan yang boleh menyebabkan sembelit.
Bagi bayi yang kurang dari 6 bulan dan diberikan susu formula, penukaran susu formula mungkin dapat mengurangkan sembelit. Bagi bayi yang lebih daripada 6 bulan, adalah disyorkan untuk memberikan lebih banyak air atau jus seperti jus prun atau epal. Selain daripada itu, makanan yang mempunyai serat tinggi(high-fibre) seperti bijirin barli.Aktiviti fizikal juga dapat menolong mengurangkan sembelit seperti menggalakkan anak merangkak serta menggerakkan kaki anak seperti mengayuh basikal dalam keadaan berbaring. Urutan bahagian perut juga dapat melegakan sembelit.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.